top of page

BILA WAKTU PERLU MINUM AIR ?

  • cowayadm
  • Feb 20, 2018
  • 2 min read

Selalu kita dengar, air ni sangat penting untuk kehidupan. Kenapa ye?

Sebab badan kita 70% adalah air termasuk organ-organ penting dalam badan termasuklah otak, buah pinggan, jantung even tulang kita ada 22% air. Darah kita paling banyak mengandungi air iaitu sebanyak 90% daripadanya adalah air.

Jadi, untuk mengelakkan kita kekurangan air, penting untuk minum air yang mencukupi. Lebih kurang 8 gelas air kosong diperlukan oleh badan kita dalam sehari.

Tapi, kalau minum air tak kena dengan waktu pun tak okay jugak. So, di sini saya share sikit waktu-waktu yang sesuai untuk kita minum air. Sebenarnya Rasulullah S.A.W. pun pernah ajar kita, cuma mungkin kita terlepas pandang.

6 WAKTU SESUAI MINUM AIR

#1 BANGUN TIDUR

Selalunya selepas kita terjaga dari tidur, apa kita buat? Sepatutnya kita perlu minum air terlebih dahulu. Kita telah kehilangan banyak air sewaktu kita tidur. Jadi, kita perlu minum antara 2-3 gelas air kosong. Ini akan membantu badan kita menyingkirkan toksin dalam badan dengan mudah. Ia juga mengaktifkan organ badan kita dan membuatkan organ ini bersedia untuk menerima makanan.

Taklah organ kita terkejut kena buat kerja lepas bangun tidur.

#2 SEBELUM MAKAN

Kebiasaannya kita minum air ketika makan. Seeloknya kita minum segelas air sebelum kita makan untuk memudahkan proses penghadaman. Jika kita meminum air ketika atau sejurus selepas makan, ia akan mencairkan cecair penghadaman yang penting dindalam perut dan akan menyebabkan penghadaman tak sempurna.

Tunggu sejam selepas makan, barulah kita minum. Ini membantu badan kita menyerap nutrien daripada makanan tadi.

Sebab itu Rasulullah S.A.W. melarang kita minum air sewaktu makan atau sejurus selepas makan.

#3 SEBELUM TIDUR

Kita akan kehilangan banyak air ketika tidur. Jadi, sebelum tidur, minum 1 gelas air terlebih dahulu. Orang yang tak minum air ketika tidur pasti akan terjaga di tengah malam sebabdahaga.Dah menggangu waktu tidur.

#4 SENAMAN

Untuk sentiasa sihat, kita perlu selalu bersenam. Ketika bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh adalah salah satu cara badan kita menyingkirkan toksin. Jadi, banyakkan minum air sebelum, ketika dan selepas bersenam.

Biasakan diri bawa air dalam botol ketika bersenam.

#5 SEBELUM MANDI ATAU MASSAGE

Bagi sesetengah wanita yang menjaga kecantikan, mereka akan selalu ke spa untuk massage. Sebelum massage, minum air terlebih dahulu. Begitu juga sebelum mandi. Ini akan membantu badan kita menyingkirkan toksin dengan mudah dan menurunkan tekanan darah.

#6 SEPANJANG HARI

Anda yang bekerja atau anak-anak anda yang bersekolah, minum sedikit air sepanjang hari untuk kekal fokus. Minum air yang secukupnya mampu meningkatkan fokus kita.

Jadi, biasakan membawa bekal air ke mana sahaja.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

This is NOT Coway's Official Website. This website is owned by Coway Authorized Health Planner : Mohd Khairol Bin Mat Desa (543770). All info in this online media is generated from official website of Coway Malaysia www.coway.com.my and information differ from the official website shall not be recognized by Coway (M) Sdn Bhd

  • Facebook Social Icon
bottom of page